exam....oh exam... tak sempat nak hantar post yang seterusnya. Kita ganti dengan assignment oh assignment. Ok ni rentetan soalan kedua dari post 31 disember yang lalu =)
2.1 Jelaskan penciptaan asas koreografi
pergerakan kreatif teater berdasarkan pendekatan yang disarankan oleh Joseph Gonzales dalam bukunya:
Choreography: A Malaysia Perspective: (2004). Kuala Lumpur. Pustaka Cipta Sdn.
Bhd.
Menurut pernyataan Joseph Gonzles
dalam bukunya Choreography: A Malaysia
Perspective menyatakan koreografi merangkumi keseluruhan struktur karya
untuk dipersembahkan, frasa pergerakan dan pelbagai faktor lain. Terdapat 9 penciptaan
asas koreografi teater menurut beliau iaitu dinamik, ruang, aras, bentuk
tarian, tema, muzik, sinografi, impak artistik dan improvisasi.
Dinamik
merujuk kepada turun naik aliran tenaga dan pergerakan yang berlaku dalam
tarian koreografi. Aliran tenaga bergantung kepada jenis pergerakan yang
dilakukan dalam sesuatu persembahan yang telah dikoreografikan. Elemen ruang
pula merujuk kepada kawasan yang digunakan untuk membuat pergerakan dalam
sesebuah persembahan tarian koreografi. Aras pula merujuk kepada kepelbagaian
perbezaan semasa melakukan pergerakan yang dilakukan oleh penari. Manakala bentuk
tarian ialah gabungan gaya dan teknik pergerakan
dalam koreografi.
Tema
dalam koreografi digunakan untuk memberi inspirasi dan panduan dalam melakukan
pergerakan. Pemilihan tema mencerminkan jenis gaya tarian koreografi yang bakal
dipersembahkan. Elemen muzik mempengaruhi tarian koreografi berdasarkan emosi
yang dibawa bersama membangkitkan dalam diri penari semasa membuat pergerakan.
Sinografi elemen seni menjadi nadi dalam sesuatu persembahan yang meliputi
rekaan set dan props, cahaya, kostum dan penggunaan audio. Manakala impak artistik digunakan sebagai unsur
kreativiti dalam sesebuah persembahan dan menjadikannya bertambah menarik. Improvisasi
adalah sesuatu pergerakan yang mengalami perubahan dan tidak tetap sehingga
penari mendapat bentuk pergerakan yang diingini dan tidak kelihatan seperti
direka atau di buat-buat.
No comments:
Post a Comment