31 December 2012

(minor) ATP 3033: 1.2

Assalamualaikum...
Ni soalan yang pertama bahagian kedua pula..
                                                                                                                                                                  1.2 Bincangkan elemen-elemen dari aspek ruang, masa dan aliran kedua-dua konsep pergerakan ini melalui gerak kreatif yang telah dipersembahkan dalam tugasan “outdoor” showcase yang telah dilangsungkan di Pintu Timur, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang lalu.

            Persembahan “outdoor” showcase gerak kreatif yang telah saya persembahkan di Pintu Timur,UPSI yang lalu bertemakan perjuangan sepohon pokok yang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup di tengah-tengah pencemaran yang berlaku.


           Dari aspek ruang am saya menggunakan kaki lima di hadapan pejabat keselamatan dan kawasan tempat menunggu bas Kolej Za’ba manakala ruang diri pula ruang setempat yang mengelilingi diri saya sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan semasa melakukan gerak kreatif tersebut. Di dalam ruang diri dan ruang am meliputi empat elemen iaitu aras, arah, aliran dan ekstensi.

              Elemen berhubung dengan aspek ruang yang pertama ialah arah. Semasa saya melakukan persembahan di Pintu Timur, saya ada menggunakan dua perubahan arah bagi menjelaskan kedudukan badan saya semasa melakukan perubahan arah iaitu pertama dengan mengekalkan kedudukan badan yang menghala ke hadapan sambil memusing muka menghadap pebagai arah. Semasa persembahan saya melakukan pergerakan arah kehadapan, belakang, atas dan bawah. Cara kedua ialah saya hanya mengubah hala kedudukan badan ke arah hadapan sahaja.

              Elemen kedua dalam aspek ruang ialah aras. Semasa saya melakukan persembahan yang lalu, saya hanya menggunakan dua aras pergerakan iaitu rendah dan pertengahan. Pergerakan aras rendah semasa persembahan digunakan untuk menunjukkan simbolik mengutip botol-botol yang menjadi punca pencemaran. Manakala pergerakan aras pertengahan pula dapat dilihat melalui perlakuan saya membengkokkan lutut sambil membuat pergerakan melambangkan simbolik sepohon pokok yang bergelut inginkan udara yang segar
.
                 Elemen ketiga dalam aspek ruang ialah aliran. Semasa persembahan yang lalu, saya hanya menggunakan dua jenis aliran pola lantai iaitu lurus dan bulatan. Sebahagian besar aliran pola lantai persembahan saya adalah secara lurus kehadapan manakala aliran pola lantai bulatan saya aplikasikan melalui perlakuan pergerakan kreatif mengelilingi papan tanda.

             Elemen terakhir dalam aspek ruang ialah ekstensi yang mana dalam aspek ini saya membuat pergerakan mengecil dan membesar yang menunjukkan simbolik pohon yang sedang mengalami proses tumbesaran.

                Dari aspek masa, saya membuat pergerakan dengan kadar kelajuan secara cepat, perlahan dan slow motion. Pergerakan secara cepat dapat dilihat semasa melakukan pergerakan aras pertengahan melalui perlakuan saya membengkokkan lutut sambil membuat pergerakan melambangkan simbolik sepohon pokok yang bergelut inginkan udara yang segar. Pergerakan secara perlahan pula dapat dilihat semasa aliran pola lantai manakala pergerakan secara slow motion pula dapat dilihat semasa membuat pergerakan mengecil dan membesar yang menunjukkan simbolik pohon yang sedang mengalami proses tumbesaran.

            Aspek aliran yang saya gunakan sepanjang persembahan ini berbentuk pergerakan terikat yang mana saya bergerak secara berhati-hati. Ini kerana sepanjang persembahan ini saya melakukan lakuan yang membawa maksud perasaan takut melalui pergerakan melangkah secara berhati-hati sepanjang persembahan.

1 comment:

  1. I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don’t know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog, I will keep visiting this blog very often.
    web design company

    ReplyDelete