Ni soalan yang pertama bahagian kedua pula..
1.2 Bincangkan elemen-elemen dari aspek ruang, masa dan aliran kedua-dua konsep pergerakan ini melalui gerak kreatif yang telah dipersembahkan dalam tugasan “outdoor” showcase yang telah dilangsungkan di Pintu Timur, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang lalu.
Persembahan “outdoor” showcase gerak
kreatif yang telah saya persembahkan di Pintu Timur,UPSI yang lalu bertemakan
perjuangan sepohon pokok yang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup di
tengah-tengah pencemaran yang berlaku.
Dari
aspek ruang am saya menggunakan kaki lima di hadapan pejabat keselamatan dan
kawasan tempat menunggu bas Kolej Za’ba manakala ruang diri pula ruang setempat
yang mengelilingi diri saya sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh
badan semasa melakukan gerak kreatif tersebut. Di dalam ruang diri dan ruang am
meliputi empat elemen iaitu aras, arah, aliran dan ekstensi.
Elemen
berhubung dengan aspek ruang yang pertama ialah arah. Semasa saya melakukan
persembahan di Pintu Timur, saya ada menggunakan dua perubahan arah bagi
menjelaskan kedudukan badan saya semasa melakukan perubahan arah iaitu pertama
dengan mengekalkan kedudukan badan yang menghala ke hadapan sambil memusing
muka menghadap pebagai arah. Semasa persembahan saya melakukan pergerakan arah
kehadapan, belakang, atas dan bawah. Cara kedua ialah saya hanya mengubah hala
kedudukan badan ke arah hadapan sahaja.
Elemen
kedua dalam aspek ruang ialah aras. Semasa saya melakukan persembahan yang
lalu, saya hanya menggunakan dua aras pergerakan iaitu rendah dan pertengahan.
Pergerakan aras rendah semasa persembahan digunakan untuk menunjukkan simbolik
mengutip botol-botol yang menjadi punca pencemaran. Manakala pergerakan aras
pertengahan pula dapat dilihat melalui perlakuan saya membengkokkan lutut
sambil membuat pergerakan melambangkan simbolik sepohon pokok yang bergelut
inginkan udara yang segar
.
Elemen
ketiga dalam aspek ruang ialah aliran. Semasa persembahan yang lalu, saya hanya
menggunakan dua jenis aliran pola lantai iaitu lurus dan bulatan. Sebahagian
besar aliran pola lantai persembahan saya adalah secara lurus kehadapan
manakala aliran pola lantai bulatan saya aplikasikan melalui perlakuan
pergerakan kreatif mengelilingi papan tanda.
Elemen
terakhir dalam aspek ruang ialah ekstensi yang mana dalam aspek ini saya
membuat pergerakan mengecil dan membesar yang menunjukkan simbolik pohon yang
sedang mengalami proses tumbesaran.
Dari
aspek masa, saya membuat pergerakan dengan kadar kelajuan secara cepat,
perlahan dan slow motion. Pergerakan secara cepat dapat dilihat semasa
melakukan pergerakan aras pertengahan melalui perlakuan saya membengkokkan
lutut sambil membuat pergerakan melambangkan simbolik sepohon pokok yang
bergelut inginkan udara yang segar. Pergerakan secara perlahan pula dapat
dilihat semasa aliran pola lantai manakala pergerakan secara slow motion pula
dapat dilihat semasa membuat pergerakan mengecil dan membesar yang menunjukkan
simbolik pohon yang sedang mengalami proses tumbesaran.
Aspek
aliran yang saya gunakan sepanjang persembahan ini berbentuk pergerakan terikat
yang mana saya bergerak secara berhati-hati. Ini kerana sepanjang persembahan
ini saya melakukan lakuan yang membawa maksud perasaan takut melalui pergerakan
melangkah secara berhati-hati sepanjang persembahan.
I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don’t know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog, I will keep visiting this blog very often.
ReplyDeleteweb design company