2.2 Bincangkan komponen-komponen yang telah
disarankan oleh Joseph Gonzales dalam membina sesebuah koreografi dengan
berpandukan tugasan secara solo dan duo yang telah dilaksanakan dalam tugasan
akhir persembahan pergerakan kreatif yang lalu.
Dalam tugasan secara solo dan duo yang
lalu saya menggunakan komponen-komponen yang telah disarankan oleh Joseph
Gonzales semasa membina koreografi dalam tugasan akhir persembahan yang lalu
iaitu dinamik, ruang, aras, bentuk tarian, tema, muzik, sinografi, impak artistik
dan sinografi.
Saya menggunakan tema perjuangan sepohon pokok
yang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup mencari sumber udara yang
segar ditengah-tengah pencemaran yang berlaku. Muzik yang digunakan dalam
koreografi persembahan ini ialah Cravansary oleh Kitaro. Dari aspek elemen sinografi
koreografi persembahan saya menggunakan tangga, kotak dan sepohon pokok. Bagi elemen
impak artistik, di dalam persembahan ini saya menggunakan sekeping plastik
lutsinar yang besar serta wajah saya disolek untuk menimbulkan impak bertepatan
dengan tema persembahan iaitu tumbuh-tumbuhan pada bahagian mata. Bentuk tarian
dalam koreografi persembahan saya yang lalu adalah menggambarkan emosi
kesengsaraan sepohon pokok untuk meneruskan kehidupan yang dapat dilihat
menerusi pergerakan berguling, merangkak mendapatkan sumber matahari dan
pergerakan tercungap-cungap mencari udara segar.
Semasa
persembahan, saya menggunakan aras rendah semasa di dalam kotak iaitu permulaan
persembahan yang menggambarkan simbolik tunas pokok mencari cahaya. Aras rendah
juga dapat dilihat semasa saya berbaring di atas tangga sambil menutupi diri
dengan plastik sebagai simbolik pokok
yang inginkan perlindungan daripada sinaran matahari akibat penipisan ozon
bumi. Aras tinggi dapat dilihat menerusi pergerakan lompatan. Manakala elemen ruang
yang saya gunakan sepanjang persembahan ialah di dalam kotak dan di sekitar
tangga. Elemen dinamik dalam persembahan saya dapat dilihat menerusi pergerakan
berguling, melompat dan merangkak yang dilakukan sepanjang persembahan
tersebut. Sementara elemen terakhir iaitu improvisasi dapat di lihat melalui
pergerakan yang dipersembahkan hasil daripada siri latihan yang telah
dijalankan sepanjang latihan.
Dalam
tugasan secara duo bersama Mastura, tema persembahan kami ialah kehijauan alam
yang semakin musnah dek pencemaran dan lambakan sampah oleh manusia. Muzik yang
digunakan dalam koreografi persembahan ini ialah Hijau nyanyian Zainal Abidin. Dari
aspek elemen sinografi koreografi persembahan, kami menggunakan, tangga, kotak,
plastik sampah, botol minuman, jaring labah-labah dan pokok. Elemen impak artistik
di dalam persembahan ini dapat dilihat menerusi kostum yang kami berdua gunakan
sepanjang persembahan tersebut yang menggunakan kain, plastik sampah, surat
khabar dan botol-botol kosong. Memandangkan persembahan ini dijalankan secara duo, bentuk
tarian dalam persembahan kami adalah secara interaksi di mana Mastura membuat
pergerakan melambangkan longgokan sampah dan pencemaran yang mengancam
kelangsungan hidup pohon yang di bawa oleh saya.
Semasa
persembahan secara duo ini, aras tinggi dapat dilihat menerusi pergerakan saya menghirup
udara segara sambil memegang pokok di atas tangga serta pergerakan saya
mengangkat tangga di atas kotak sebagai simbolik memprotes pencemaran. Aras sederhana
dapat dilihat menerusi pergerakan menuruni tangga sambil membawa pokok yang
cuba diselamatkan daripada longgokan sampah. Manakala aras rendah pula melalui
pergerakan saya merangkak mendapatkan pohon untuk diselamatkan daripada menjadi
mangsa pencemaran. Sementara itu, koreografi pergerakan aras yang di lakukan
oleh Mastura ialah rendah iaitu sewaktu berada di bawah lapisan plastic sambil
membuat pergerakan simbolik membuang sampah sarap, aras sederhana ketika
bergerak menuruni tangga dari atas kotak ke lantai dan aras tinggi sewaktu
berada di atas kotak yang dijadikan set persembahan. Gabungan pergerakan yang
di lakukan oleh kami sepanjang persembahan iaitu berguling, merangkak serta
membuat membuat beberapa gesture tubuh bagi menunjukkan simbolik hidupan yang
terancam oleh lambakan sampah sekaligus membentu dinamik dalam persembahan
tersebut. Sementara elemen terakhir iaitu improvisasi dapat di lihat melalui
pergerakan yang dipersembahkan hasil daripada siri latihan yang telah dijalankan
sepanjang latihan hasil gabungkan antara saya dan Mastura.
Alhamdulillah selesai sudah =) moga mendapat manfaat... In Sha Allah
No comments:
Post a Comment