03 January 2013

(minor) ATP 3033: 2

Finally...last question to submit... =)


2.2       Bincangkan komponen-komponen yang telah disarankan oleh Joseph Gonzales dalam membina sesebuah koreografi dengan berpandukan tugasan secara solo dan duo yang telah dilaksanakan dalam tugasan akhir persembahan pergerakan kreatif yang lalu.

Dalam tugasan secara solo dan duo yang lalu saya menggunakan komponen-komponen yang telah disarankan oleh Joseph Gonzales semasa membina koreografi dalam tugasan akhir persembahan yang lalu iaitu dinamik, ruang, aras, bentuk tarian, tema, muzik, sinografi, impak artistik dan sinografi.
             Saya menggunakan tema perjuangan sepohon pokok yang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup mencari sumber udara yang segar ditengah-tengah pencemaran yang berlaku. Muzik yang digunakan dalam koreografi persembahan ini ialah Cravansary oleh Kitaro. Dari aspek elemen sinografi koreografi persembahan saya menggunakan tangga, kotak dan sepohon pokok. Bagi elemen impak artistik, di dalam persembahan ini saya menggunakan sekeping plastik lutsinar yang besar serta wajah saya disolek untuk menimbulkan impak bertepatan dengan tema persembahan iaitu tumbuh-tumbuhan pada bahagian mata. Bentuk tarian dalam koreografi persembahan saya yang lalu adalah menggambarkan emosi kesengsaraan sepohon pokok untuk meneruskan kehidupan yang dapat dilihat menerusi pergerakan berguling, merangkak mendapatkan sumber matahari dan pergerakan tercungap-cungap mencari udara segar.
            Semasa persembahan, saya menggunakan aras rendah semasa di dalam kotak iaitu permulaan persembahan yang menggambarkan simbolik tunas pokok mencari cahaya. Aras rendah juga dapat dilihat semasa saya berbaring di atas tangga sambil menutupi diri dengan plastik sebagai simbolik  pokok yang inginkan perlindungan daripada sinaran matahari akibat penipisan ozon bumi. Aras tinggi dapat dilihat menerusi pergerakan lompatan. Manakala elemen ruang yang saya gunakan sepanjang persembahan ialah di dalam kotak dan di sekitar tangga. Elemen dinamik dalam persembahan saya dapat dilihat menerusi pergerakan berguling, melompat dan merangkak yang dilakukan sepanjang persembahan tersebut. Sementara elemen terakhir iaitu improvisasi dapat di lihat melalui pergerakan yang dipersembahkan hasil daripada siri latihan yang telah dijalankan sepanjang latihan.
            Dalam tugasan secara duo bersama Mastura, tema persembahan kami ialah kehijauan alam yang semakin musnah dek pencemaran dan lambakan sampah oleh manusia. Muzik yang digunakan dalam koreografi persembahan ini ialah Hijau nyanyian Zainal Abidin. Dari aspek elemen sinografi koreografi persembahan, kami menggunakan, tangga, kotak, plastik sampah, botol minuman, jaring labah-labah dan pokok. Elemen impak artistik di dalam persembahan ini dapat dilihat menerusi kostum yang kami berdua gunakan sepanjang persembahan tersebut yang menggunakan kain, plastik sampah, surat khabar dan botol-botol kosong. Memandangkan  persembahan ini dijalankan secara duo, bentuk tarian dalam persembahan kami adalah secara interaksi di mana Mastura membuat pergerakan melambangkan longgokan sampah dan pencemaran yang mengancam kelangsungan hidup pohon yang di bawa oleh saya.
            Semasa persembahan secara duo ini, aras tinggi dapat dilihat menerusi pergerakan saya menghirup udara segara sambil memegang pokok di atas tangga serta pergerakan saya mengangkat tangga di atas kotak sebagai simbolik memprotes pencemaran. Aras sederhana dapat dilihat menerusi pergerakan menuruni tangga sambil membawa pokok yang cuba diselamatkan daripada longgokan sampah. Manakala aras rendah pula melalui pergerakan saya merangkak mendapatkan pohon untuk diselamatkan daripada menjadi mangsa pencemaran. Sementara itu, koreografi pergerakan aras yang di lakukan oleh Mastura ialah rendah iaitu sewaktu berada di bawah lapisan plastic sambil membuat pergerakan simbolik membuang sampah sarap, aras sederhana ketika bergerak menuruni tangga dari atas kotak ke lantai dan aras tinggi sewaktu berada di atas kotak yang dijadikan set persembahan. Gabungan pergerakan yang di lakukan oleh kami sepanjang persembahan iaitu berguling, merangkak serta membuat membuat beberapa gesture tubuh bagi menunjukkan simbolik hidupan yang terancam oleh lambakan sampah sekaligus membentu dinamik dalam persembahan tersebut. Sementara elemen terakhir iaitu improvisasi dapat di lihat melalui pergerakan yang dipersembahkan hasil daripada siri latihan yang telah dijalankan sepanjang latihan hasil gabungkan antara saya dan Mastura. 
    Alhamdulillah selesai sudah =) moga mendapat manfaat... In Sha Allah 

(minor) ATP 3033: 2

Assalamualaikum....
 exam....oh exam... tak sempat nak hantar post yang seterusnya. Kita ganti dengan assignment oh assignment. Ok ni rentetan soalan kedua dari post 31 disember yang lalu =)


2.1       Jelaskan penciptaan asas koreografi pergerakan kreatif teater berdasarkan pendekatan yang disarankan  oleh Joseph Gonzales dalam bukunya: Choreography: A Malaysia Perspective: (2004). Kuala Lumpur. Pustaka Cipta Sdn. Bhd.

Menurut pernyataan Joseph Gonzles dalam bukunya Choreography: A Malaysia Perspective menyatakan koreografi merangkumi keseluruhan struktur karya untuk dipersembahkan, frasa pergerakan dan pelbagai faktor lain. Terdapat 9 penciptaan asas koreografi teater menurut beliau iaitu dinamik, ruang, aras, bentuk tarian, tema, muzik, sinografi, impak artistik dan improvisasi.
            Dinamik merujuk kepada turun naik aliran tenaga dan pergerakan yang berlaku dalam tarian koreografi. Aliran tenaga bergantung kepada jenis pergerakan yang dilakukan dalam sesuatu persembahan yang telah dikoreografikan. Elemen ruang pula merujuk kepada kawasan yang digunakan untuk membuat pergerakan dalam sesebuah persembahan tarian koreografi. Aras pula merujuk kepada kepelbagaian perbezaan semasa melakukan pergerakan yang dilakukan oleh penari. Manakala bentuk tarian ialah gabungan gaya dan teknik  pergerakan dalam koreografi.
            Tema dalam koreografi digunakan untuk memberi inspirasi dan panduan dalam melakukan pergerakan. Pemilihan tema mencerminkan jenis gaya tarian koreografi yang bakal dipersembahkan. Elemen muzik mempengaruhi tarian koreografi berdasarkan emosi yang dibawa bersama membangkitkan dalam diri penari semasa membuat pergerakan. Sinografi elemen seni menjadi nadi dalam sesuatu persembahan yang meliputi rekaan set dan props, cahaya, kostum dan penggunaan audio. Manakala  impak artistik digunakan sebagai unsur kreativiti dalam sesebuah persembahan dan menjadikannya bertambah menarik. Improvisasi adalah sesuatu pergerakan yang mengalami perubahan dan tidak tetap sehingga penari mendapat bentuk pergerakan yang diingini dan tidak kelihatan seperti direka atau di buat-buat.




31 December 2012

(minor) ATP 3033: 1.2

Assalamualaikum...
Ni soalan yang pertama bahagian kedua pula..
                                                                                                                                                                  1.2 Bincangkan elemen-elemen dari aspek ruang, masa dan aliran kedua-dua konsep pergerakan ini melalui gerak kreatif yang telah dipersembahkan dalam tugasan “outdoor” showcase yang telah dilangsungkan di Pintu Timur, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang lalu.

            Persembahan “outdoor” showcase gerak kreatif yang telah saya persembahkan di Pintu Timur,UPSI yang lalu bertemakan perjuangan sepohon pokok yang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup di tengah-tengah pencemaran yang berlaku.


           Dari aspek ruang am saya menggunakan kaki lima di hadapan pejabat keselamatan dan kawasan tempat menunggu bas Kolej Za’ba manakala ruang diri pula ruang setempat yang mengelilingi diri saya sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan semasa melakukan gerak kreatif tersebut. Di dalam ruang diri dan ruang am meliputi empat elemen iaitu aras, arah, aliran dan ekstensi.

              Elemen berhubung dengan aspek ruang yang pertama ialah arah. Semasa saya melakukan persembahan di Pintu Timur, saya ada menggunakan dua perubahan arah bagi menjelaskan kedudukan badan saya semasa melakukan perubahan arah iaitu pertama dengan mengekalkan kedudukan badan yang menghala ke hadapan sambil memusing muka menghadap pebagai arah. Semasa persembahan saya melakukan pergerakan arah kehadapan, belakang, atas dan bawah. Cara kedua ialah saya hanya mengubah hala kedudukan badan ke arah hadapan sahaja.

              Elemen kedua dalam aspek ruang ialah aras. Semasa saya melakukan persembahan yang lalu, saya hanya menggunakan dua aras pergerakan iaitu rendah dan pertengahan. Pergerakan aras rendah semasa persembahan digunakan untuk menunjukkan simbolik mengutip botol-botol yang menjadi punca pencemaran. Manakala pergerakan aras pertengahan pula dapat dilihat melalui perlakuan saya membengkokkan lutut sambil membuat pergerakan melambangkan simbolik sepohon pokok yang bergelut inginkan udara yang segar
.
                 Elemen ketiga dalam aspek ruang ialah aliran. Semasa persembahan yang lalu, saya hanya menggunakan dua jenis aliran pola lantai iaitu lurus dan bulatan. Sebahagian besar aliran pola lantai persembahan saya adalah secara lurus kehadapan manakala aliran pola lantai bulatan saya aplikasikan melalui perlakuan pergerakan kreatif mengelilingi papan tanda.

             Elemen terakhir dalam aspek ruang ialah ekstensi yang mana dalam aspek ini saya membuat pergerakan mengecil dan membesar yang menunjukkan simbolik pohon yang sedang mengalami proses tumbesaran.

                Dari aspek masa, saya membuat pergerakan dengan kadar kelajuan secara cepat, perlahan dan slow motion. Pergerakan secara cepat dapat dilihat semasa melakukan pergerakan aras pertengahan melalui perlakuan saya membengkokkan lutut sambil membuat pergerakan melambangkan simbolik sepohon pokok yang bergelut inginkan udara yang segar. Pergerakan secara perlahan pula dapat dilihat semasa aliran pola lantai manakala pergerakan secara slow motion pula dapat dilihat semasa membuat pergerakan mengecil dan membesar yang menunjukkan simbolik pohon yang sedang mengalami proses tumbesaran.

            Aspek aliran yang saya gunakan sepanjang persembahan ini berbentuk pergerakan terikat yang mana saya bergerak secara berhati-hati. Ini kerana sepanjang persembahan ini saya melakukan lakuan yang membawa maksud perasaan takut melalui pergerakan melangkah secara berhati-hati sepanjang persembahan.

(minor) ATP 3033: 1.1

Assalamualaikum....
 Lama tak update blog ni..dh balik kg line tak de+masalah famili abah accident+musim exam....hmmm sampai sini baru nak update. Tapi kak long cuba usahakan untuk penghantaran tugasan =) 
 Sesuai dengan tajuknya... kak long post untuk soalan pertama.


1.1         1.1 Jelaskan tentang kaedah pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor.
          Pe
rgerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseorang yang akan menyebabkan seseorang itu berubah kedudukan atau kekal di tempatnya. 


     Menurut Salmah Ayob (1994) dalam bukunya Pergerakan kreatif dan pendidikan menyatakan pergerakan lokomotor merujuk kepada pergerakan yang dilakukan dengan gaya bebas seperti berjalan, berlari, melompat dan berpusing. Ini termasuk usaha-usaha mencuba dan meneroka pelbagai gaya seseorang individu itu berjalan, berlari ataupun melangkah yang dilakukan secara spontan dan bersemangat.                            

 Pergerakan bukan lokomotor merujuk kepada jenis-jenis pergerakan yang bergerak di tempat yang sama ( on the spot). Fokus utama jenis pergerakan ini ialah kepada gerak laku seluruh tubuh badan seperti perlakuan-perlakuan menutup, membuka, membangun, merendah dan memusing. Membuka dan menutup merupakan pergerakan-pergerakan yang mengakibatkan tubuh badan membujur atau melebar keluar serta mengecil atupun memusatkan seluruh pergerakan anggota tubuh ke arah satu titik pertemuan. Dalam melakukan pergerakan seperti membangun dan merendahkan tubuh, tumpuannya yang pertama ialah untuk mencapai jarak yang setinggi mungkin dari paras lantai dan pergerakan kedua iaitu merendahkan badan atau berbaring ke atas permukaan lantai, implikasinya ialah bergerak mengikut arah tarikan graviti.

e








19 December 2012

Minor...Oh Minor

Assalamualaikum....
Ni post pertama kak long untuk subjek Pergerakan Kreatif Teater =)hmmm... baru lepas buat persembahan akhir ni, tu bersemangat nk post tapi tak boleh bukak pulak...adoii  sedihnya...blog lama khusus untuk minor tu tak boleh bukak terpaksa buat yang baru... so, apa yang kak long belajar dalam ni ye? Serba sedikit untuk subjek ni:

  1. Pergerakan tari secara am
  2. Tubuh sebagai instrumen lakon
  3. Koreografi dan Laban Analysis Movement
  4. Pergerakan lokomotor 
  5. Pergerakan lokomotor kreatif
  6. Konsep pergerakan lokomotor
sumber ni dapat dari pensyarah =) sekian dulu post..lewat dah..ngeee wassalam



      

26 November 2012

About me...

Assalamualaikum....
  Kenali saya kak long Ain@ kak long sebab....mestila anak sulung kan =) nama penuh? hmmmm jadila follower saya ye boleh tau detail =) Masih belajar di UPSI dalam bidang major  Pendidikan Awal Kanak-kanak dan teater sebagai minor pilihan. Cita-cita... In sya Allah pensyarah bidang awal kanak-kanak (doakan saya ya) =)
  Gambar tu bersama sahabat baik kaklong di sini di awal semester dahulu. Terbaru??? haish....kaklong  sama je, yang berbeza mungkin....SAIZ??? hahaha.  Comel di sebelah tu...namanya...syhhhh kak long kena tanya empunya diri untuk publish nama la... nanti dapat permision kak long expose ye =)  Sedikit pengenalan tentangnya : lembut wajahnya, selembut orangnya. Tapi awas!!!  lembutnya si dia bukan bererti lemah dan diam bukan bererti kalah...hahaha.... so watch out and be prepared...
 Selamat berblog dan salam ukhuwah dan salam perkenalan untuk semua =)  Wassalam

25 November 2012

PAKK student life

Assalamualaikum....
 Another PAKK project for my subject on track:


 Projek untuk subjek kak long: Membaca bercerita Bahasa Melayu... kena buat buku cerita =) ni la sebahagian dari isi cerita tu... kak long kena buat bahagian ilustrasi dengan sahabat baik kak long...sebab ahli lain dah buat bahagian masing-masing =)
Haiippp!!! =D tak boleh la tunjuk semua hak cipta terpelihara di paten tau =) kikiki Kak long ni 1st time jadi book ilustrator....pendapat??? kreatif+mencabar+kesabaran+++...  kena fikir susun letak dan saiz gambar, jalan cerita, pemilihan warna..apa lagi ye??? ermmmm....kira semua berkaitan  book ilustration =)  Tapi semua tu jadi kenangan untuk kak long dan si dia. Mana tau, In Sya Allah masa depan nanti boleh jadi penulis buku kanak-kanak pulak =)

Buku yang dihasilkan ni  kami perlu baca kepada kanak-kanak umur 3 tahun ke bawah...TASKA =) jadinya kena la yang sesuai, tu yang macam-macam faktor kena fikir. Gambar yang crowded dengan warna pun tak boleh nanti kanak-kanak tu tak fokus dengan apa yang kita cuba sampaikan+ tak nak la bagi kanak-kanak ni pening pulak... Faktor lain macam kesesuaian ayat dan tulisan++ semua tu kena ambik perhatian... So the conclusion is ______________ (fill in the blank with your own thought) =)

Ehhh lupa....buku kami bertajuk Si Tommy...sebenarnya buku ni punya sentimental value tersendiri buat kak long sebab..... buku ni di dedikasi khas untuk kucing kak long yang telah "PERGI"...mak cakap lepas kak long balik UPSI lo lo (nama kucing kak long) tak nak makan, tak cergas...monyok je =(  lagi haru lo lo selalu masuk bilik dan tidur atas katil kak long hari-hari terakhir hayat dia... merana agaknya dia...sob...sob...sob... But life must go on... Pape pun kak long bersyukur pada_Nya kerana pernah diberi kesempatan untuk menyayangi makhluk kesayang nabi =) For lolo : you will in my thought and my heart forever....

Sekian dahulu...nanti kak long coret lagi ya... salam ukhuwah =) Wassalam....