03 January 2013

(minor) ATP 3033: 2

Finally...last question to submit... =)


2.2       Bincangkan komponen-komponen yang telah disarankan oleh Joseph Gonzales dalam membina sesebuah koreografi dengan berpandukan tugasan secara solo dan duo yang telah dilaksanakan dalam tugasan akhir persembahan pergerakan kreatif yang lalu.

Dalam tugasan secara solo dan duo yang lalu saya menggunakan komponen-komponen yang telah disarankan oleh Joseph Gonzales semasa membina koreografi dalam tugasan akhir persembahan yang lalu iaitu dinamik, ruang, aras, bentuk tarian, tema, muzik, sinografi, impak artistik dan sinografi.
             Saya menggunakan tema perjuangan sepohon pokok yang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup mencari sumber udara yang segar ditengah-tengah pencemaran yang berlaku. Muzik yang digunakan dalam koreografi persembahan ini ialah Cravansary oleh Kitaro. Dari aspek elemen sinografi koreografi persembahan saya menggunakan tangga, kotak dan sepohon pokok. Bagi elemen impak artistik, di dalam persembahan ini saya menggunakan sekeping plastik lutsinar yang besar serta wajah saya disolek untuk menimbulkan impak bertepatan dengan tema persembahan iaitu tumbuh-tumbuhan pada bahagian mata. Bentuk tarian dalam koreografi persembahan saya yang lalu adalah menggambarkan emosi kesengsaraan sepohon pokok untuk meneruskan kehidupan yang dapat dilihat menerusi pergerakan berguling, merangkak mendapatkan sumber matahari dan pergerakan tercungap-cungap mencari udara segar.
            Semasa persembahan, saya menggunakan aras rendah semasa di dalam kotak iaitu permulaan persembahan yang menggambarkan simbolik tunas pokok mencari cahaya. Aras rendah juga dapat dilihat semasa saya berbaring di atas tangga sambil menutupi diri dengan plastik sebagai simbolik  pokok yang inginkan perlindungan daripada sinaran matahari akibat penipisan ozon bumi. Aras tinggi dapat dilihat menerusi pergerakan lompatan. Manakala elemen ruang yang saya gunakan sepanjang persembahan ialah di dalam kotak dan di sekitar tangga. Elemen dinamik dalam persembahan saya dapat dilihat menerusi pergerakan berguling, melompat dan merangkak yang dilakukan sepanjang persembahan tersebut. Sementara elemen terakhir iaitu improvisasi dapat di lihat melalui pergerakan yang dipersembahkan hasil daripada siri latihan yang telah dijalankan sepanjang latihan.
            Dalam tugasan secara duo bersama Mastura, tema persembahan kami ialah kehijauan alam yang semakin musnah dek pencemaran dan lambakan sampah oleh manusia. Muzik yang digunakan dalam koreografi persembahan ini ialah Hijau nyanyian Zainal Abidin. Dari aspek elemen sinografi koreografi persembahan, kami menggunakan, tangga, kotak, plastik sampah, botol minuman, jaring labah-labah dan pokok. Elemen impak artistik di dalam persembahan ini dapat dilihat menerusi kostum yang kami berdua gunakan sepanjang persembahan tersebut yang menggunakan kain, plastik sampah, surat khabar dan botol-botol kosong. Memandangkan  persembahan ini dijalankan secara duo, bentuk tarian dalam persembahan kami adalah secara interaksi di mana Mastura membuat pergerakan melambangkan longgokan sampah dan pencemaran yang mengancam kelangsungan hidup pohon yang di bawa oleh saya.
            Semasa persembahan secara duo ini, aras tinggi dapat dilihat menerusi pergerakan saya menghirup udara segara sambil memegang pokok di atas tangga serta pergerakan saya mengangkat tangga di atas kotak sebagai simbolik memprotes pencemaran. Aras sederhana dapat dilihat menerusi pergerakan menuruni tangga sambil membawa pokok yang cuba diselamatkan daripada longgokan sampah. Manakala aras rendah pula melalui pergerakan saya merangkak mendapatkan pohon untuk diselamatkan daripada menjadi mangsa pencemaran. Sementara itu, koreografi pergerakan aras yang di lakukan oleh Mastura ialah rendah iaitu sewaktu berada di bawah lapisan plastic sambil membuat pergerakan simbolik membuang sampah sarap, aras sederhana ketika bergerak menuruni tangga dari atas kotak ke lantai dan aras tinggi sewaktu berada di atas kotak yang dijadikan set persembahan. Gabungan pergerakan yang di lakukan oleh kami sepanjang persembahan iaitu berguling, merangkak serta membuat membuat beberapa gesture tubuh bagi menunjukkan simbolik hidupan yang terancam oleh lambakan sampah sekaligus membentu dinamik dalam persembahan tersebut. Sementara elemen terakhir iaitu improvisasi dapat di lihat melalui pergerakan yang dipersembahkan hasil daripada siri latihan yang telah dijalankan sepanjang latihan hasil gabungkan antara saya dan Mastura. 
    Alhamdulillah selesai sudah =) moga mendapat manfaat... In Sha Allah 

(minor) ATP 3033: 2

Assalamualaikum....
 exam....oh exam... tak sempat nak hantar post yang seterusnya. Kita ganti dengan assignment oh assignment. Ok ni rentetan soalan kedua dari post 31 disember yang lalu =)


2.1       Jelaskan penciptaan asas koreografi pergerakan kreatif teater berdasarkan pendekatan yang disarankan  oleh Joseph Gonzales dalam bukunya: Choreography: A Malaysia Perspective: (2004). Kuala Lumpur. Pustaka Cipta Sdn. Bhd.

Menurut pernyataan Joseph Gonzles dalam bukunya Choreography: A Malaysia Perspective menyatakan koreografi merangkumi keseluruhan struktur karya untuk dipersembahkan, frasa pergerakan dan pelbagai faktor lain. Terdapat 9 penciptaan asas koreografi teater menurut beliau iaitu dinamik, ruang, aras, bentuk tarian, tema, muzik, sinografi, impak artistik dan improvisasi.
            Dinamik merujuk kepada turun naik aliran tenaga dan pergerakan yang berlaku dalam tarian koreografi. Aliran tenaga bergantung kepada jenis pergerakan yang dilakukan dalam sesuatu persembahan yang telah dikoreografikan. Elemen ruang pula merujuk kepada kawasan yang digunakan untuk membuat pergerakan dalam sesebuah persembahan tarian koreografi. Aras pula merujuk kepada kepelbagaian perbezaan semasa melakukan pergerakan yang dilakukan oleh penari. Manakala bentuk tarian ialah gabungan gaya dan teknik  pergerakan dalam koreografi.
            Tema dalam koreografi digunakan untuk memberi inspirasi dan panduan dalam melakukan pergerakan. Pemilihan tema mencerminkan jenis gaya tarian koreografi yang bakal dipersembahkan. Elemen muzik mempengaruhi tarian koreografi berdasarkan emosi yang dibawa bersama membangkitkan dalam diri penari semasa membuat pergerakan. Sinografi elemen seni menjadi nadi dalam sesuatu persembahan yang meliputi rekaan set dan props, cahaya, kostum dan penggunaan audio. Manakala  impak artistik digunakan sebagai unsur kreativiti dalam sesebuah persembahan dan menjadikannya bertambah menarik. Improvisasi adalah sesuatu pergerakan yang mengalami perubahan dan tidak tetap sehingga penari mendapat bentuk pergerakan yang diingini dan tidak kelihatan seperti direka atau di buat-buat.