31 December 2012

(minor) ATP 3033: 1.2

Assalamualaikum...
Ni soalan yang pertama bahagian kedua pula..
                                                                                                                                                                  1.2 Bincangkan elemen-elemen dari aspek ruang, masa dan aliran kedua-dua konsep pergerakan ini melalui gerak kreatif yang telah dipersembahkan dalam tugasan “outdoor” showcase yang telah dilangsungkan di Pintu Timur, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang lalu.

            Persembahan “outdoor” showcase gerak kreatif yang telah saya persembahkan di Pintu Timur,UPSI yang lalu bertemakan perjuangan sepohon pokok yang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup di tengah-tengah pencemaran yang berlaku.


           Dari aspek ruang am saya menggunakan kaki lima di hadapan pejabat keselamatan dan kawasan tempat menunggu bas Kolej Za’ba manakala ruang diri pula ruang setempat yang mengelilingi diri saya sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan semasa melakukan gerak kreatif tersebut. Di dalam ruang diri dan ruang am meliputi empat elemen iaitu aras, arah, aliran dan ekstensi.

              Elemen berhubung dengan aspek ruang yang pertama ialah arah. Semasa saya melakukan persembahan di Pintu Timur, saya ada menggunakan dua perubahan arah bagi menjelaskan kedudukan badan saya semasa melakukan perubahan arah iaitu pertama dengan mengekalkan kedudukan badan yang menghala ke hadapan sambil memusing muka menghadap pebagai arah. Semasa persembahan saya melakukan pergerakan arah kehadapan, belakang, atas dan bawah. Cara kedua ialah saya hanya mengubah hala kedudukan badan ke arah hadapan sahaja.

              Elemen kedua dalam aspek ruang ialah aras. Semasa saya melakukan persembahan yang lalu, saya hanya menggunakan dua aras pergerakan iaitu rendah dan pertengahan. Pergerakan aras rendah semasa persembahan digunakan untuk menunjukkan simbolik mengutip botol-botol yang menjadi punca pencemaran. Manakala pergerakan aras pertengahan pula dapat dilihat melalui perlakuan saya membengkokkan lutut sambil membuat pergerakan melambangkan simbolik sepohon pokok yang bergelut inginkan udara yang segar
.
                 Elemen ketiga dalam aspek ruang ialah aliran. Semasa persembahan yang lalu, saya hanya menggunakan dua jenis aliran pola lantai iaitu lurus dan bulatan. Sebahagian besar aliran pola lantai persembahan saya adalah secara lurus kehadapan manakala aliran pola lantai bulatan saya aplikasikan melalui perlakuan pergerakan kreatif mengelilingi papan tanda.

             Elemen terakhir dalam aspek ruang ialah ekstensi yang mana dalam aspek ini saya membuat pergerakan mengecil dan membesar yang menunjukkan simbolik pohon yang sedang mengalami proses tumbesaran.

                Dari aspek masa, saya membuat pergerakan dengan kadar kelajuan secara cepat, perlahan dan slow motion. Pergerakan secara cepat dapat dilihat semasa melakukan pergerakan aras pertengahan melalui perlakuan saya membengkokkan lutut sambil membuat pergerakan melambangkan simbolik sepohon pokok yang bergelut inginkan udara yang segar. Pergerakan secara perlahan pula dapat dilihat semasa aliran pola lantai manakala pergerakan secara slow motion pula dapat dilihat semasa membuat pergerakan mengecil dan membesar yang menunjukkan simbolik pohon yang sedang mengalami proses tumbesaran.

            Aspek aliran yang saya gunakan sepanjang persembahan ini berbentuk pergerakan terikat yang mana saya bergerak secara berhati-hati. Ini kerana sepanjang persembahan ini saya melakukan lakuan yang membawa maksud perasaan takut melalui pergerakan melangkah secara berhati-hati sepanjang persembahan.

(minor) ATP 3033: 1.1

Assalamualaikum....
 Lama tak update blog ni..dh balik kg line tak de+masalah famili abah accident+musim exam....hmmm sampai sini baru nak update. Tapi kak long cuba usahakan untuk penghantaran tugasan =) 
 Sesuai dengan tajuknya... kak long post untuk soalan pertama.


1.1         1.1 Jelaskan tentang kaedah pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor.
          Pe
rgerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseorang yang akan menyebabkan seseorang itu berubah kedudukan atau kekal di tempatnya. 


     Menurut Salmah Ayob (1994) dalam bukunya Pergerakan kreatif dan pendidikan menyatakan pergerakan lokomotor merujuk kepada pergerakan yang dilakukan dengan gaya bebas seperti berjalan, berlari, melompat dan berpusing. Ini termasuk usaha-usaha mencuba dan meneroka pelbagai gaya seseorang individu itu berjalan, berlari ataupun melangkah yang dilakukan secara spontan dan bersemangat.                            

 Pergerakan bukan lokomotor merujuk kepada jenis-jenis pergerakan yang bergerak di tempat yang sama ( on the spot). Fokus utama jenis pergerakan ini ialah kepada gerak laku seluruh tubuh badan seperti perlakuan-perlakuan menutup, membuka, membangun, merendah dan memusing. Membuka dan menutup merupakan pergerakan-pergerakan yang mengakibatkan tubuh badan membujur atau melebar keluar serta mengecil atupun memusatkan seluruh pergerakan anggota tubuh ke arah satu titik pertemuan. Dalam melakukan pergerakan seperti membangun dan merendahkan tubuh, tumpuannya yang pertama ialah untuk mencapai jarak yang setinggi mungkin dari paras lantai dan pergerakan kedua iaitu merendahkan badan atau berbaring ke atas permukaan lantai, implikasinya ialah bergerak mengikut arah tarikan graviti.

e








19 December 2012

Minor...Oh Minor

Assalamualaikum....
Ni post pertama kak long untuk subjek Pergerakan Kreatif Teater =)hmmm... baru lepas buat persembahan akhir ni, tu bersemangat nk post tapi tak boleh bukak pulak...adoii  sedihnya...blog lama khusus untuk minor tu tak boleh bukak terpaksa buat yang baru... so, apa yang kak long belajar dalam ni ye? Serba sedikit untuk subjek ni:

  1. Pergerakan tari secara am
  2. Tubuh sebagai instrumen lakon
  3. Koreografi dan Laban Analysis Movement
  4. Pergerakan lokomotor 
  5. Pergerakan lokomotor kreatif
  6. Konsep pergerakan lokomotor
sumber ni dapat dari pensyarah =) sekian dulu post..lewat dah..ngeee wassalam